Alhamdulillah atas segala nikmat dan anugerah yang Kau berikan kepada kami sekeluarga. Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosaku. Dosa kedua ibu bapa ku. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku semasa aku kecil. Lindungilah mereka. Rahmatilah mereka. Peliharalah kedua ibu bapaku. Peliharalah kesihatan mereka. Berikan mereka ketenangan dalam kehidupan. Kau permudahkanlah urusan mereka didunia dan di akhirat sana nanti Ya rabb.
Ya Muhaimin, Kau peliharalah keluarga kami sebaiknya. Jauhkanlah keluarga kami dari perkara yang Kau mungkiri. Ampunkanlah dosa adik-beradikku, datuk nenekku, saudara-maraku, sahabatku, guru-guruku, pensyarah2ku dan saudara seislam ku yang lain. Peliharalah kami di jalanMu. Lindungilah kami. Berkatilah hidup kami. Kau limpahkanlah rezeki kepada keluarga kami. Kau permudahkanlah segala Ya Allah.
Ya Allah, kuatkan iman hambaMu yang lemah ini. Berikan aku kekuatan untuk menempuh hari yang mendatang, untuk menempuh segala ujian dan dugaanMu. Berikan aku kesabaran yang tinggi dan akal fikiran yang baik, supaya aku dapat mengatasi segalanya dengan baik. Kau permudahkanlah segala urusanku di dunia dan akhirat. Bukakanlah pintu rezekiku. Murahkanlah rezekiku. Kau Yang Maha Pengasih dan Penyayang dan Yang Memberi Rezeki kepada kami. Perkenankan doaku Ya Rabb. Amiin Yarabbal a'lamiin.
No comments:
Post a Comment