Thursday, 21 August 2014

Temuduga SPP

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


13.8.1991 - INTAN Kampus Wilayah Pantai Timur, Terengganu.
Alhamdulillah..sekali lagi dipanggil untuk temuduga untuk jawatan Pembantu Pengurusan Murid SPP. Semoga ada rezeki =)

Persediaan untuk ditemuduga : 
1) Perkenalkan diri dan latarbelakang diri dan keluarga.
- Nama / nickname
- Umur
- Tarikh / tempat lahir
- Anak yang ke berapa. L | P
- Nama I/B | perkerjaan
- Hobi (bersukan|badminton, aktvt lasak, memasak)
- Pengalaman bekerja (kedai, taska, sek rendah)
Skop Tugas
Bertanggungjawab menjalankan tugas membantu guru di kelas-kelas Pra & mengasuh murid-murid di asrama sekolah pend. khas dan asrama desa dibawah KPM.

Soalan semasa temuduga :
- Fungsi Dewan Rakyat
- Nama menteri dan timbalan menteri pendidikan. menteri kedua.
- Tanggungjawab kepada kanak-kanak.
- Ciri2 (sabar, kreatif, ikhlas, penyayang, suka budak2)

Tips:
- Perlu nampak kesungguhan semasa temuduga.
- Penampilan yang kemas dan menarik.
- Bersungguh semasa menjawab, nampakkan yang kita perlu sangat pekerjaan tersebut.
- Jangan biarkan dipengaruhi dengan kata-kata yang negatif. Yakinkan diri.
- Berharap untuk dapatkan pekerjaan tersebut.
- Bercakap dengan kuat dan sentiasa senyum.
- Beramah mesra dengan calon lain semasa menunggu.
- Baca papper.
- Kasut hitam.

- Doa' for Me and Family -

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Alhamdulillah atas segala nikmat dan anugerah yang Kau berikan kepada kami sekeluarga. Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosaku. Dosa kedua ibu bapa ku. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku semasa aku kecil. Lindungilah mereka. Rahmatilah mereka. Peliharalah kedua ibu bapaku. Peliharalah kesihatan mereka. Berikan mereka ketenangan dalam kehidupan. Kau permudahkanlah urusan mereka didunia dan di akhirat sana nanti Ya rabb.

Ya Muhaimin, Kau peliharalah keluarga kami sebaiknya. Jauhkanlah keluarga kami dari perkara yang Kau mungkiri. Ampunkanlah dosa adik-beradikku, datuk nenekku, saudara-maraku, sahabatku, guru-guruku, pensyarah2ku dan saudara seislam ku yang lain. Peliharalah kami di jalanMu. Lindungilah kami. Berkatilah hidup kami. Kau limpahkanlah rezeki kepada keluarga kami. Kau permudahkanlah segala Ya Allah.

Ya Allah, kuatkan iman hambaMu yang lemah ini. Berikan aku kekuatan untuk menempuh hari yang mendatang, untuk menempuh segala ujian dan dugaanMu. Berikan aku kesabaran yang tinggi dan akal fikiran yang baik, supaya aku dapat mengatasi segalanya dengan baik. Kau permudahkanlah segala urusanku di dunia dan akhirat. Bukakanlah pintu rezekiku. Murahkanlah rezekiku. Kau Yang Maha Pengasih dan Penyayang dan Yang Memberi Rezeki kepada kami. Perkenankan doaku Ya Rabb. Amiin Yarabbal a'lamiin.

- Andainya -

Apabila seluruh dunia diliputi malapetaka, dan segala-galanya kacau tidak keruan, kenbenaran lenyap bak ditelan bumi dan tidak ada jalan keluar untuk keluar darinya. kemudian manusia berseru : " Ya Allah, Tuhan yang mengajar Jibril, ajarlah aku. Wahai Tuhan yang memahamkan Sulaiman, berilah pemahaman kepadaku. Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikail dan Israfil. Pencipta langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui yang ghaib mahupun yang nyata. Engkau memutuskan persoalan yang diperselisihkan oleh hamba-hambaMu. Berikan aku petunjuk kebenaran dari yang diperselisihkan. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada hamba yang Engkau kehendaki ke jalan yang luru.s" Lalu pertolongan datang dan terbukalah pintu-pintu yang tertutup. Maha Suci Allah. Betapa Maha kasihnya Allah!

Tuesday, 15 July 2014

.:BLoG D'Hearty:.

Assalamualaikum w.b.t..
Salam sejahtera for non muslim..

Blog sebagai diary hidup. Apa yang dirasai. Apa yang pernah lalui dan juga dijadikan sebagai tempat untuk berkongsi dengan pembaca. Pelbagai perkongsian berkenaan apa yang saya baca, lihat dan dengar dengan nikmat dan anugerah yang diberikan oleh yang Maha Kuasa. 

Segala apa yang saya lakukan, juga saya titipkan disini untuk dijadikan sebagai memoir yang terindah dalam diary hidup seorang Hamba. 
Blog ni, ntah kali ke berapa saya buat. HaHaHa.
Hope kali ni dah tak lupa pasword and emel ^_^